follow || Instagram

Dec 28, 2013

WTH

home.home.home.

i'm home !!! hey i'm home!!!!!

so minggu depan sekolah bermula. nasib baik aku dah habis sekolah. hehe. seghhonoknya. adik aku yang sorang tu dah masuk Form 1 minggu depan. lagi seorang baru darjah 4. oh aku ada lebih kurang 5 bulan cuti sebelum aku masuk universiti ke matriks ke atau apa-apa je la.so plan aku sepanjang cuti ni  cuma membaca dan tengok movies dan pet my cats. my mom asked me to find a job but you know..me.. job...no... malas pula rasanya nak kerja. tengok lah dulu... my grandma offered me ambil lesen kereta dengan syarat aku kena duduk kat kampung sehingga selesai belajar memandu..aku tolak offer tu. 3 bulan duduk kat kampung , ughhh lama tu.. actually kampung aku tu bukan kampung tapi Felda. rumah felda tu rapat-rapat , tu yang tak seronok tu. kalau lah moyang aku dulu tak apply kan rumah felda untuk anak-anak dia mesti sekarang nenek aku tak duduk kat situ.. aku teringin sangat nak ada kampung yang macam kampung..

* * *

Belakangan ni I keep dreaming of someone. Someone who used to be my best friend many years ago. That someone is a guy. A guy who I hated the most after his come back. Those who read my blog please jangan tanya siapa dia. tiada siapa perlu tahu siapa dia meskipun siapa dia tahu siapa dia. Obviously that guy wasn't Amirul fullstop

tadi time aku tengah loading movie, aku tertidur .aku mimpi dia lagi.  it was a sweet dream though. I love the way he treated me in the dream. He's tender and such a perfect guy. Well it was just a dream. In reality he's kind of .. hmmm... never mind.


ok bye

xoxo J





Dec 17, 2013

TRIP Part 3

hi !
good morning ladies and gentlemen..


hari ni aku nak sambung pasal trip. (actually, i am so lazy to post about it because cerita tu dah basi tapi disebabkan aku dah mulakan so i have to finish it )

FIGHTING JIJIE FIGHTING !

so as the title above...hmmm... malam tu kitorang ke pusat falak (bukan nama sebenar, aku tak ingat lah apa namanya).. mula-mula pergi ke ruang pameran and guess what,  aku dengan Farah agak seronok menekan butang-butang yang ada kat situ. then kitorang ke dewan kuliah. dekat situ ada orang bagi penerangan pasal sistem solar. It was so fun learning about the solar system until myself cant even pay any attention sebab bilik tu sejuk gila! time tu mula lah dalam kepala aku fikirkan tindakan badan kita ketika dalam keadaan sejuk. you know, we learnt it in Biology form 5. aku ni selalu sangat kaitkan apa yang berlaku dengan facts yang aku belajar kat sekolah. It's like my head automatically digesting thing that is happening in real life and the blending it with facts that i have learnt. to be honest , itu adalah satu cara aku belajar selama ni. tapi aku tak boleh tahan lah kalau asyik fikirkan pasal tu. ex: aku tengah basuh pinggan dengan sabun lepas tu kepala aku ni asyik fikir pasal saponifikasi and I keep asking myself what if I put some milk into the soap.kekat.kekat.kekat. kekat tu berlaku apabila terdapat ion magnesium dan ion kalsium dalam air jadi sabun tak dapat berfungsi. lebih kurang macam tu lah. you know what, living like this is so tiring. okay , sambung pasal dalam bilik kuliah. bila dapat keluar dari bilik tu Ya Allah rasa bersyukur sangat sebab Malaysia ni panas. lepas tu naik ke ruang terbuka untuk tengok langit malam tu and apply benda yang aku dah belajar dalam dewan tu tadi. and BANGGGG!!! dekat atas tu lagi lah sejuk!!! It was a windy and cold night though. aku ni kalau sejuk sangat , lutut kaki aku macam sakit sikit dan aku tak tahu kenapa. tangan aku pula macam dah nak beku, tak tahan aku time tu. then kitorang pergi dinner. we went to a small town. Ya Allah makanan kat situ boring gila. balik-balik KFC. kalu tak KFC, MCD pulak. nasib baik ada kedai mamak berdekatan dengan KFC tapi.... hmmm .. macam biasa ramai lelaki tengah tengok bola.. Malaysia vs Japan kot . lepas tu aku ajak Farah pergi gerai burger and lepas tu Farah ajak aku ikut Bai dengan Amin(the only 2 boys yg ikut trip tu) cari restoran lain sekitar tu.. kawasan tu macam takde banyak sangat kedai makan. lepas kitorang jalan tu terjumpa 2 buah restoran. satu restoran mamak dan satu lagi restoran melayu. aku pon tak tahu kenapa aku pilih yang melayu punya even though restoran tu tak menarik langsung. entah lah, mungkin itu rezeki tuan punya restoran. aku order milo dan nasi goreng kampung. rasa milo dia fake gilaaa. dah macam bukan milo aku rasa. well, i am a good judger. aku ni kalau bab makanan cerewet sikit. aku dapat bezakan benda even benda tu tak da beza sangat. ex: ummi aku pernah beli beras jenama apa tah dan bukan jenama biasa yang kitaorang guna sebab time tu ekonomi teruk sikit. well ekonomi keluarga bukan nya selalu stabil kan. time tu aku tak tahu pula mak aku try guna beras lain and time aku makan nasi I was like "ummi, kenapa nasi ni rasa dia kosong. macam tak ada kanji?" then baru lah ummi aku bagi tahu ..lepas tu tukar balik kepada beras asal. hahah . kalau tak aku takda selera nak makan nasi. teruk teruk..

okay sambung balik cerita pasal trip. time tengah makan cikgu call. cikgu kata semua orang dah ada dalam bas tinggal the four of us yang belum sampai-sampai lagi. tapi kita orang buat tak tahu je sebab belum pukol 11.00 p.m. lagi. habis makan. bayar. jalan balik ke bas. sepanjang perjalanan balik tu Amin duk bising pertikaikan harga makanan dia dengan Farah. fuhh, nasib baik aku dan Bai order benda yang sama, so , we have no problem dengan harga or whatsoever.

sampai dekat bas. duduk. bas bergerak. lol orang belakang kitorang dalam bas pon masih pertikaikan harga makanan.ughhh . apa apa je lah



ok bye.

p/s: aku macam tak dapat je nak pergi jamuan. aku dah suruh Lana tangguhkan tapi tak tahu lagi lah. invitations dia pon katanya tak dapat respon so tak tahu lah ramai ke tak yang akan datang. kalau tak ramai boleh tak postpone kan dulu? hmmm. siapalah aku nak minta-minta ni. sobs


lots of love,
J




Dec 16, 2013

December

7.35 a.m.

hi !

sekarang ni aku masih duduk di rumah nenek di Negeri Sembilan. nak update blog ni payah sikit sebab aku agak busy jaga adik-adik dan kucing-kucing aku as my parents weren't around. I have to take care of everything...

so cuti kali ni I've learnt so many things. ex: memasak, kemas rumah sikit-sikit dan jaga adik-adik..aku pon tak tahu macam mana aku boleh nak belajar semua benda tu sebab sebenarnya aku ni seorang yang pemalas.

(waktu aku tengah update blog ni , si Tim dan Ucen kepoh betul nak masuk bila aku! si Tim tu lah yang suka cium orang)

malam tadi aku main bina ayat menggunakan satu perkataan dan main tulis 6 perkara yang menggunakan huruf yang diberi. okay ini hanyalah aktiviti waktu lapang yg nenek aku buat. so kami (cucu-cucu) akan main ni waktu malam. setiap ayat yang betul worth RM1 so tulis lah banyak mana yang sempat. walaupon aku ni dah habis SPM tapi aku ni bab membina ayat ni lah yang aku tak reti. aku kalah. adik aku yang baru habis UPSR tu jugak yang menang. hahahah. teruk betul aku.


p/s : i hate social website actually and i gonna tell the reasons later and the reason why i am still blogging


lots of love,
J

Dec 9, 2013

TRIP Part 2

hi !

cehh macam lah ada orang baca siap nak ber-hi! hi!
whatever :P


so today I'm gonna continue about the trip.

lepas ke taman rama-rama, we went straight to our accommodation at Tanjung Bidara. kitorang duduk dekat dalam dorm. teringat zaman kat asrama dulu-dulu. dulu, aku duduk kat asrama sebulan pon dah macam apa dah. pehh senior dia semua bajet gilosss. okay sambung pasal trip tu...dorm aku kat atas sekali.. takda lift but it wasn't a big deal pon..  tempat tinggal kitorang(aku dan classmates)  betul-betul kat tepi pantai.. best gila! aku plan  nak ajak sesiapa pergi pantai lepas letak barang-barang dalam dorm , tapi aku tengok all my classmates were totally exhausted and they need a quick rest before next activity. aku jenis yang suka berjalan. kalau dah sampai tempat yang aku tak pernah pergi kalau boleh sampai ke lubang cacing aku nak explore. aku tak suka bila kata nak pergi holiday tapi bila sampai kat hotel terus duduk dalam hotel tak pergi mana-mana.. (kalau gi holiday dengan family , perkara macam ni mesti terjadi punyalah) tapi apakan daya, nak tak nak kena lah lepak sama kat hotel tu je.. I don't care kalau ke mana-mana seorang diri tapi masalahnya parents gua might not give permission punya lah I bet. tapi aku dah rancang nak travel oversea time aku 25 tahun nanti. travel sensorang pon aku tak kisah tapi time tu kalau aku ada boyfriend,  bagus jugak kalau aku heret dia travel dengan aku.. boleh dia angkat backpack aku nanti. cehhhh.... hahahah I'm not that cruel tho.. kalau travel dua orang pon best  jugak kan.. kalau boleh aku nak pi tempat yang ada banyak bangunan bersejarah , ex: Rome ,Berlin etc...aku minat sejarah. aku pernah jugak bercita-cita nak jadi ahli sejarah tapi family aku tak galakkan sangat.. that's why i don't have any ambition and i hate when people ask me what i want to be when i've grown up because i really really don't have any answer for that question.okay sorry .. aku ni dah keluar  dari tajuk.. oh pasal kat dorm . i was like "okay nevermind, kalau takde siapa-siapa nak pergi pantai" dan aku a little bit macam cacing kepanasan dalam dorm. aku asyik jalan sana jalan sini, seriously time tu aku bosan. aku ni memang selagi tak penat aku tak boleh nak duduk diam.. lepas tu aku ternampak dari tingkap yang kawan-kawan lelaki yg ikut trip (2 orang je yg ikut) heading to the beach.  and again I was like asdasfdsafhjskhfjksh. seronoknya jadi lelaki seronoknya jadi lelaki seronoknya. hati aku memberontak gilerrr. aku tetap nak pergi pantai. so aku paksa best friend aku yg satu ni . so kitorang turun bawah dan cari jalan nak pergi beach and guess what the only way to the beach adalah dengan keluar ikut pintu depan and we dont have any gut untuk keluar dari kawasan tu.. sebenarnya aku takut kalau cikgu marah..so kitorang naik balik dan duduk dalam dorm sampai pukol 7.30 p.m. macam tu..



sampai sini yang dapat aku tulis untuk post kali ni. sebenarnya aku nak tulis panjang lagi, tapi aku dah banyak keluar dari topik so ciao dulu .

p/s: dalam part 1 aku ada cakap aku dapat guna basikal for free and thanks to my BFF. actually thanks to my BFF and friends . XX

bye.

lots of love,
J

Dec 7, 2013

TRIP Part 1

Hi I'm back !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


okay so last wednesday I went to Melaka for class trip. I went there by bus and you know what  i had made a right choice duduk dekat seat belakang. hahah okay ,  no one will understand this but me. so our first destination was  botanical garden i guess. my friends and i were cycling about 7km dekat tempat tu. oh dekat sana kena sewa basikal but Alhamdulillah aku dapat guna basikal for free. heheh big thanks to my BFF. 7 km. 3km awal tu boleh lagi kayuh basikal laju. tapi lepas tu Ya Allah penat gila . bila naik bukit terpaksa lah tolak basikal tapi bila turun bukit wowwww it was really fun. turun bukit sambil kayuh basikal konon-konon macam dalam cerita fast and furious lah tu. tapi takut jugak lah kalau accident plus kawasan tu tersangat sunyi. to be honest i tak kisah tempat sunyi macam tu sebab time tu masih siang tapi i was so worry about my other 2 friends' safety. yelah dah la aku paksa kawan aku cycling lepas tu kalau ada apa-apa jadi teruklah aku kena kan kan. actually aku nak jalan sensorang tapi nanti cikgu risau pula and apa pula orang cakap nanti kalau perempuan jalan sorang-sorang. well typical malaysian kan sangat 'prihatin' . my friends and i had made it safely.oh we were having lunch at the garden as well. after about one hour we went to taman rama rama.. seronok juga kat taman rama-rama tu . oh ya i just realized yang aku dah tak berapa suka tengok ular apatah lagi pergi dekat dengan akuarium ular (akuarium? apa-apa je lah.....) . meremang bulu roma aku bila tengok semua ular kat situ! dah la kiri kanan ada akuarium ular tu..time tu rasa macam nak lari nak menjerit dan keluar dari tempat tu lepas tu masuk dalam bas dan nyorok bawah seat.. tapi, itu hanyalah macam....time tu aku cuma mampu tunggu. tunggu kawan-kawan aku tengok semua ular tu... like seriously rasa macam nak throwing out je.. it was different when  I was 15th. so sepanjang hidup aku kalau tak silap aku pernah pegang ular dalam 2 kali.  oh lepas tu tengok rama-rama yg dah diawet. then pergi kedai cederahati and i heard..... oh aku tak boleh tulis tentang tu .
aku lihat dan dengar lalu aku pergi kerna aku nampak mereka dan tak mahu ganggu.  

i'll post part 2 later okay.


p/s: aku atau J , dua-dua sama . dua-dua aku. so please jangan pedulikan itu.


lot of love,
J


Dec 1, 2013